Pengumuman

Rabu, 2009 Oktober 21

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan




Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteridan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.


Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,“Section 4. Cash payment by the Corporation.In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

statistik petroleum JPM

Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.

Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan

Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Kenyataan Mustapha

Kenyataan Media Mustapha Mohamed

Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.

Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.

Memahami Kekeliruan

Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Petroleum Act 1

Akta 144

Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.

Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Petroluem Act section 4

Seksyen 4 Akta 144

Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Petroleum Act Agreement

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri

Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.

Hak Kelantan

Telaga Minyak Semenjanjung

PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)

Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.

Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.

Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.

Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

Fakta JDA

JDA Location MAP

Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA

Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.

Pipeline

Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh

  • Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
  • Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
  • Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
  • Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

  • Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
  • Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
  • Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
  • Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
  • Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,

“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Offshore Magazine

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Hess Statement 1

Kenyataan Media Hess

Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

  • A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
  • B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.

Petronas Statement JDA 1

Kenyataan Media PETRONAS

Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

  • Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
  • Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
  • B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.

Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.

Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?

DSC_0371

Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan

Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.

Terengganu

Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu

JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.

Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,

  • Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
  • Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.

Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.

Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.

Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.

Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.

(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).

DSC_0379

Janganlah Kita Jadi dayus Macam Mustapha Mohamed – Foto Ehsan LanJan

http://kickdefella.wordpress.com/



::Baca Seterusnya::

Ahad, 2009 September 27

Perutusan Suara Muda Kelantan Sempena Aidifitri


Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah sama-sama kita mengucap sykur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi hidayat kepada kita semua dalam terus mempercayai bahawa Islam adalah suatu agama yang merrangkumi seluruh kehidupan dan sykur juga kepada illahi kerana pada tahun ini kita diberi keizinan untuk melaksanakan ibadat selama sebulan dalam madrasah Ramadhan.

Ucapan tahian kepada kita semua kerana telah Berjaya mengharugi disiplin dan pembelajaran sepanjang berada didalam madrasah Ramadhan tahun ini dan soal keberkesanan dan praktikal daripada hasil pembelajaran tersebut, terpulang kepada kita semua bagaimana anda melaksanakan ibadah dan juga menjaga disiplin didalam bulan yang mulia tersebut.


Tanda syukur juga dipanjatkan kehadrat illahi kerana selepas sebulan menjalakan ibadah, diberi pula nikmat dalam bulan Syawal yang disebut sebagai Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana maksud firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat ke 185 : “ Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (di bulan Ramadhan ) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (bila berhari raya) kerana Allah berikan hidayat kepada kamu”.

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu “bonus” daripada Allah SWT keatas mereka yang melaksanakan ibadah dibulan Ramadhan, dimana kita menahan daripada memakan harta banda sendiri serta anggotan badan dari melakukan perkara yang melanggar agama Islam. Bila tiba dihari raya, kita dibenarkan makan, minum serta berseronok dengan rakan,teman dan sanak-saudara. Ini merukan nikmat yang tidak dirasai oleh mereka yang tidak melaksanakan syarat-syarat dalam bulan Ramadhan.

Di Hari Raya Aidilfitri juga merupakan hari yang mengembalikan kita kepada fitrah asal manusia, yang sukakan kecantikan, kebersihan, tolong-menolong serta cintakan kedamaian dan persudaraan. Inilah yang ditekankan oleh Islam yang melihat umat Islam pada hari ini melakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah khas nya ajaran Islam. Mereka berpecah belah, dengan menubuhkan kumpulan masing-masing yang saling bersaing untuk mendapatkan nama dihati masyarakat ataupaun untuk mengangkat mazhab masing-masing.

Generasi muda, perlu mengambil peluang di Aidilfitri ini dalam memangkin penyatuan umat Islam bermula kita di alam Melayu ini mempersatukan kembali seluruh kita orang Melayu yang beragama Islam. Dengan izin Allah jika ia terlaksana, ia akan berakar keseluruh dunia dengan menyatukan seluruh Umat Islam yang masih berpegang dengan Dua Kalimah Syahadat.

Akhir sekali, dalam berseronok di Hari Raya Aidilfitri ini, jangan kita melanggar batasan serta garis panduan yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Rasulullah selalu membacakan dua surah di dalam Solat Sunat idil Fitri iaitu surah Qaaf dan Qamar, dimana kedua-dua surah ini merupakan gambaran dihari Qiamat dan sekaligus ia membawa erti segala nikmat didunia ini pasti akan dipersoal dan akan dikenakan balasan.

Saya mewakili pimpinan serta seluruh warga Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri amnya kepada seluruh umat Islam tidak kita dimana anda berada dan khasnya kepada sahabat-sahabat pelajar Islam tidak kita diperingkat rendah, menengah mahupun yang bergelar mahasiswa di dalam serta di lura negara seluruh anak Kelantan yang berada diperantauan… Salam Aidilfitri….

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Agung
merangkap Pengerusi Perhubungan Pelajar PPIK

::Baca Seterusnya::

Jumaat, 2009 September 11

Rukun muafakat elak sengketa M'sia-Indonesia


Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara.

Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia.



Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara.

Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia.

Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama itu dipersetujui dan ditandatangani hari ini oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Ketua UMUM PII, Nashrullah Al-Ghifary.

Lima pendirian bersama itu adalah:

Menginsafi nilai persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara.

Memberi keutamaan kepada pendekatan yang bersifat musyawarah, diplomasi, perbincangan dalam menghadapi sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama.

Menjauhi sebarang tindakan yang bersifat emosi semata-mata di mana akhirnya menjurumus kepada kekerasan dan kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian.

Menyeru generasi pelajar kedua-dua negara untuk memupuk persafahaman yang ampuh dan jitu dalam semua aspek termasuk kebudayaan, idealisme, ekonomi, sosial, keselamatan dan sebagainya.

Melahirkan generasi pelajar Malaysia-Indonesia sebagai agen penyatu masyarakat kedua-dua negara sekiranya terdapat sebarang konflik terkemudian yang timbul.

Dalam kenyataan bersama hari ini, PKPIM dan PII mengharapkan agar pendirian bersama dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia itu, dijadikan sumber rujukan dalam menghadapan dengan masalah yang timbul.

"PKPIM dan PII bersedia untuk meneruskan wacana perbincangan yang menghubungkan generasi muda kedua-dua negara sebagai pentas untuk mencari titik pertemuan dan persamaan di antara kedua belah pihak," kata kenyataan itu lagi.

Sumber : http://malaysiakini.com/news/112667


::Baca Seterusnya::

Jumaat, 2009 September 04

Ramadhan Ikon Kekuatan Umat Islam



Selepas belalunya Ramadhan tahun lepas, pada tahun ini Ramadhan kembali lagi dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt. Kerana pada thun ini kita masih diberi peluang sekali lagi untuk menyambut bulan yang juga dikenali pesta beribadat kerana pahala ganjaran yang cukup besar sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Dan bersabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Bila dikatakan bulan Ramadhan, semestinya semua orang faham bahawa sepanjang bulan itu seluruh umat Islam di zaman ini diwajibkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari, sebagaimana firman Allah salam surah al-Baqarah: 183 yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" .

Akan tetapi ada segelintir masyarakat dimana bila masuk bulan Ramadhan banyak kerja-kerja yang tidak dapat dibuat atas alasan dalam bulan puasa tak boleh makan dan minum jadi jika terasa letih tidak boleh minum atau makan untuk menambah tenaga.

Sudah pasti tanggapan itu salah dan dikehendaki memahami kembali mengapa kita perlu berpuasa dibulan Ramadhan kerana jika kita melihat sewaktu peperangan Badar, berlaku didalam bulan Ramadhan dan tentera nya hanya 313 orang sahaja berbanding beribu-ribu askar orang kafir. Dengan berkat keizinan Allah serta semangat dan keyakinan daripada tentera Islam akan kekuasaan Allah, lalu dimenangkan mereka didalam peperangan tersebut.

Ada yang mengatakan falsafah puasa adalah untuk kita merasakan akan kesusahan mereka dinegara-negara yang dilanda kebuluran, tetapi adakah mereka yang ditimpa kebuluran itu tidak diwajibkan puasa sedangkan ia merupakan fardhu untuk umat Islam seluruhnya.

Ini yang dikatakan hikmah puasa dimana ia bukan untuk kita merasakan lemah tetapi dalam bulan Ramadhan ini Allah swt memberi dua perkara, satuanya ialah ujian dimana jika ibadah-ibadah lain kta boleh lihat bagaimana qualitinya seperti solat, kita boleh tengok bagaimana seseorang itu mengerjakannya adakah seperti ayam patuk gandum atau dengan keadaan kita sebagai hamba yang bertemu dengan penciptanya.

Tidak seperti ibadah lain, dalam mengerjakan puasa kita boleh lihat semua orang tidak makan dan minum bila bertemu diluar, tetapi adakah kita tahu jika adakah mereka itu sudah berbuka atau pun memang tak puasa? Semestinya kita tidak adapat mengecam siapakan yang puasa atau tidak. Selain itu ujian dalaam bulan puasa ini juga selain tidegah untuk makan dan minum tersirat juga perkara lain yang melibatkan akhlak dan juga pancaindera.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini semasa puasa kita, jatuh hukum batal jika mengorek hidung atau telinga atau menelan air liur yang telah dikumpul dalam mulut. Selain itu penjagaan pancaindera jiga dititik beratkan adakah mata melihat perkara baik atau buruk, sebagaimana telinga mendengar ceramah atau bacaan al-Quran atau mendengar umpatan atau adakah mulut pada bulan ramadhan ini digunakan untuk berzikr kepada Allah atau mencaci orang.

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan tawaran atau durian runtuh ganjaran pahala daripada Allah swt kepada hambanya yang berlumba-lumba untuk membuat kebajikan sebagaimana hadis diatas tadi.

Jika bulan-bulan biasa pahalanya hanya 27, tetapi dibulan ramadhan akan dilipat gandakan segala amalan yang kita lakukan terpulang kepada Allah untuk menilainya.

Dari segi sains pula, amalan berpuasa akan merehatkan atau mengurangkan kerja-kerja memperosesan makan, dimana dalam bulan-bulan lain, kita sentiasa makan tanpa henti, tetapi dibulan Ramadhanlah merupakan bulan untuk menyihatkan badan dan memberi peluang kepada abdomen perut untuk membaik pulih sistem yang ada biarpun kita hanya makan diwaktu malam.

Ini mebuktikan bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk melemahkan umat Islam tetapi terus memberi kekuatan kepada kita dari segi fizikal dan mental.



::Baca Seterusnya::

Khamis, 2009 Ogos 20

KDN : Blog hasutan, persenda agama akan disekat



Kerajaan bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan "menyekat capaian kepada blog dan laman web" yang didakwa menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, kata menteri dalam negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.


"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini."

Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.

"Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," kata Hishammuddin lagi.

Beliau menegaskan sedemikian selepas satu mesyuarat khas antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ketiga-tiga pihak ini diberikan tanggungjawab oleh kabinet untuk menyelaraskan beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.

Mesyuarat yang pengerusikan Hishamuddin petang ini diadakan bersama Menteri di JPM Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Isu-isu yang dibincangkan antaranya usaha penyelarasan tindakan dan kerjasama antara agensi kerajaan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara (JPN) bagi memudahkan tindakan bawah Akta Hasutan.

"Mesyuarat juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan laman web dan blog yang melanggar mana-mana undang-undang negara serta mengambil tindakan undang-undang segera bagi tujuan mendakwa pemilik dan penulis laman-laman web dan blog-blog yang berunsur hasutan dan fitnah," kata Hishammuddin.

Mesyuarat juga mendengar taklimat daripada polis mengenai isu-isu keselamatan semasa negara khususnya berkaitan dengan penyalahgunaan media alternatif serta taklimat oleh pihak penasihat undang-undang KDN mengenai perkembangan terkini berkaitan isu cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

http://malaysiakini.com/news/110960

::Baca Seterusnya::

Rabu, 2009 Ogos 19

H1N1 satu pentunjuk dari Allah


H1N1 atau dikenali sebagai selsema Babi telah melanda dunia sejak ahkhir-akhir ini dan telah mengakibatkan kematian. Penyakit ini bermula di Mexico dan merebak melalui mereka yang pernah melancong kesana.

Di Malaysia kadar kematian bagi pengidap H1N1 ialah 1 peratus dan kebanyakan yang maut adalah mereka yang mempuanyi penyakit lain seperti asma. Oleh yang demikian kerajaan telah memasang alat pengesan di setiap pintu masuk lapangan terbang bagi mengesan mereka yang membawa penyakit ini biarpun pada zahirnya sihat.


Jika diperhatikan, H1N1 ini merupakan petunjuk atau bala' dari Allah diatas kejahilan manusia yang semakin rakus dengan kehidupan masing-masing dengan munculnya pelbagai budaya yang di amati oleh golongan muda sekarang dan pengaruh hiburan yang mengusai setiap sudut kehidupan manusia.

Isu-isu yang berkaitan agama di pertikaikan seperti keputusan fatwa dalam pengharaman Pengkid dan senaman Yoga serta larangan merokok di Selangor. Sensitiviti umat Islam terhadap agamanya sudah lumpuh sehinggakan laungan azan di waktu subuh dipertikaikan dan mertabat ulamak dicabar oleh mereka yang bukan ahlinya.

Umat Islam berpecah belah daripada isu mazhab sehinggakan idologi-idologi yang dibawa olah mana-mana kumpulan ataupun parti politik.

Oleh itu mungkin ada hikmahnya tersebarnya musibah ini untuk kita sama-sama renungi apakah punca berlakunya kerana jika kita hendak kaitkan dengan khinzir, makluk itu sudah lama wujud didunia malah di Malaysia juga menternaknya.Apa yang berlaku ini adalah daripada Allah swt yang menjadikan semuanya yang wujud di bumi dan apa yang terbaku keatas hambanya.

Dan marilah kita kembali kepada agamanya serta memperbanyakan solat hajat disamping meneruskan langkah-langkah pencegahan penyakit yang mengundang maut ini.



::Baca Seterusnya::

PPIK Di MPAT PKPIM Ke -48




Pada 9 Ogos 2009 berkahirnya Majlis Himpuna Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ke 48 (MPAT-48 PKPIM) dimana ia telah berlangsung di Wisma Belia, Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra.

MPAT ke-48 ini dibuat bersama-sama Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaran pada 7 dan 8 ogos yang dirasmikan oleh YB Dato Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.


MPAT-48 ini merupakan himpunan tahunan gabuangan PKPIM dari kampus-kampus dan juga negeri bagi membincangkan penambahbaikan perjalanan gerak kerja sepanjang setahun berlalu dan juga tempat untuk memilih pimpinan.

Pihak PPIK telah menghangtar 2 orang perwakilan iaitu Saudara Syahiran (setiausaha Agung) dan juga Saudari Khairiah dari KUIS dan juga 2 orang pemerhati iaitu Saudara Faizal dari KLMU dan Saudari Syazwani dari Kolej Shah Putra.

Pada tahun ini merupakan tahun pemipucuk pimpinan baru dimana Saudara Faisal Abdul Aziz telah diamanah kan untuk meneruskan tampok pimpinan sebagai Presiden 09/10 dan nama lain seperti timbalan Presiden iaitu saudara Akmal, Naib presiden kebangsaan Saudara Hanif, Naib Presiden Antarabangsa Saudara Abu Qasim, Naib Presiden Hal Ehwal Siswi (HEWI) Saudari Akmar, Setiausaha Sudara Khairul Anuar Musa,bendahari saudari Syafawati dan beberapa barisan exco yang belum nyatakan lagi.

Pada malam sebelum hari terakhir, telah diadakan malam tautan anak negeri dimana setiap anak negeri tidak kira dari kampus atau dari badan gabungan lain dikehendaki menyertai negeri masing-masing dibawah badan gabungan negeri PKPIM.

PPIK telah berjaya mengumpulkan anak negeri dari kampus lain dan di kendalikan oleh saudara Syahiran selaku Setiausaha Agung PPIK pusat dan juga perhubungan kampus.

Disini pihak PPIK mengucapkan tahniah kepada pimpinan baru PKPIM kerana dipilih oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan suara pelajar dan Islam khasnya.

Perasmian dan Ucaptama Oleh YB Saifuddin

Antara Pembantang dalam Kongres Pelajar

Muktamirin dan Muktamirat

Barisan Pimpinan PKPIM 08/09

Menyanyikan Lagu Negaraku, Asma'Ul Husna dan Lagu Hidup Biar Berjasa (PKPIM)

Saudara Ku Nazri (Speaker)

Pembubaran Pimpinan

Gimik Perlantikan Presiden Baru Oleh Mantan Presiden Saudara Hilmi Ramli

Ucapan penangguhan oleh Mantan Presiden

Ucapan Penangguhan Oleh Presiden Baru

Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri

Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri
Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri
Bergambar kenangkenangan ahli PPIK

::Baca Seterusnya::

Isnin, 2009 Julai 27

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Penyertaan kongres adalah terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pimpinan pelajar sekolah, pimpinan mahasiswa institut pengajian tinggi, pimpinan institusi dan badan bukan kerajaan serta pegawai kerajaan dan pembuat dasar.


PKPIM merasakan bahawa penganjuran kongres ini adalah bertepatan dengan masanya ketika Malaysia sedang mencari kestabilan hala tuju pasca tsunami politik Pilihanraya Umum ke 12 dan peralihan pucuk pimpinan negara. Tambahan pula dengan isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia dalam tempoh masa itu, telah menguji kematangan Malaysia untuk hidup di atas bebanan sejarah dan impian masa hadapan.

Sekiranya tidak dipandu dengan pemahaman dan penghayatan yang jelas dan benar akan teras-teras kenegaraan yang telah menjadi tiang-tiang penegak Malaysia sebagai sebuah negara merdeka hari ini, maka adalah dikhuatiri perubahan sosio-politik yang berlaku menatijahkan bencana yang lebih buruk.


Maka itu, objektif penganjuran kongres ini adalah untuk memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang. Di samping itu, kongres ini juga bertujuan merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.

Kongres ini juga bertujuan untuk mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’. Kongres ini diharapkan dapat menghasilkan gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.


::Baca Seterusnya::

Jumaat, 2009 Julai 10

Ucapan Penghargaan Kepada Sinar Harian



Pihak Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan memberi selakung penghargaan kepada pihak media dari Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan,melalui wartawan Hazelenliana Kamaruddin, kerana sudi mengeluarkan berita pada 22Jun 2009, tentang Majlis Konvensyen Pelajar Islam Kelantan ke-10/2009 (KPIK10) yang diadakan pada 20 Jun 2009.


Diharap kerjsama ini akan berterusan dalam meengetengahkan pelbagai lagi isu-isu yang berkaitan dengan usaha pembangunan manusia dalam membina sebuah generasi baru dalam umat Islam khususnya di Malaysia didalam menonjolkan kembali keunggulan generasi yang dididik berteraskan panduan Islam.

Terima KAsih juga kepada saudara Abdullah (Abg Loh) kerana sudi menghantar Imej keratan akhbar ini kepada PPIK Pusat.

Sekian,
Meneladani Ukhuwwah, Membina Personaliti


MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Agung,
Persatuan Pembimbing Pelajar ISlam Kelantan (PPIK.)


::Baca Seterusnya::

Isnin, 2009 Julai 06

Duniaku Bukuku: Kebangkitan Generasi Salahuddin


Baru-baru ini, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.FM), telah mengadakan sessi rakaman slot "Duniaku Bukuku" yang membicarakan buku "Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Umat Islam".

Slot ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia. Ustaz Zamri Zainal Abidin dan perbincangan mengenai idea-idea utama yang diketengahkan menerusi buku ini telah diisi oleh Saudara Presiden, Tuan Haji Yusri Mohamad, serta Timbalan Presiden, Dr. Mohd Farid Shahran. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perjalanan sessi perbincangan ini, sila nantikannya menerusi slot "Duniaku Bukuku" terbitan IKIM.FM.

::Baca Seterusnya::

Khamis, 2009 Julai 02

Video KPIK 10 dan Resolusi KPIK Kali Ke 10




RESOLUSI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 (KPIK10)

Berikut merupakan Resolusi yang dicapai dalam Konvensyen Pelajar Islam Kali ke-10 bertempat di Hotel MGU Kota Bharu.


Menyedari kepentingan pelajar islam meneladani qudwah terpilih dan personaliti unggul dalam dunia yang serba moden.

Menginsafi betapa dunia globalisasi yang kini semakin dominan sedang menjalar bersama timbunan masalah social dan budaya asing yang mencabut akarumbi dan jatidiri pelajar-pelajar Islam.

Menginsafi bahawa kepimpinan dan ketrampilan pelajar-pelajar Islam disemua peringkat perlu diberi ruang dan perhatian yang wajar.

Menyelami hakikat bahawa potensi dan kualiti pelajar-pelajar Islam harus dipupuk dan digilap selaras dengan keperluan semasa :



MAKA DENGAN INI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 20.6.09, BERTEMPAT DI HOTEL MGU KOTA BHARU YANG DIHADIRI SERAMAI 300 ORANG PESERTA DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA :

1.Merealisasikan penubuhan alumni konvensyen pelajar islam Kelantan.

2.Memperbanyakkan kerjasama, usahasama dan hubungan strategi dengan sekolah-sekolah di Kelantan bagi memantapkan aktivtiti-aktiviti bercorak peningkatan minda, pembentukan jatidiri dan syakhsiah dan kepimpinan pelajar Islam.

3.Memperhebatkan program –program penonjolan personaliti unggul dari kalangan tokoh-tokoh Islam untuk pembinaan qudwah di kalangan pelajar muslim.


Alumni Konvensyen Pelajar Islam Kelantan
Persatuan pembimbing Pelajar Islam Kelantan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

::Baca Seterusnya::

Isnin, 2009 Jun 29

SUA : Selamat Bergelar Mahasiswa.


Musim kemasukan IPT sudah bermula dan tidak kira lah IPTA atau IPTS, sesak dengan anak-anak muda yang baru sahaja melangkah ke alam Mahasiswa semasa sesi pendaftaran. Situasi ini juga berlaku kepada adik-adik dan teman-teman lepasan SPM,STAM,STPM yang sebelum ini bergiat dalam Skuad Sukarelawan Remaja (SSR) dan juga Alumni SRI Al-Hikmah,ABIM(ASPIRASI).


Sekalung tahiah kami dari PPIK ucapkan kepada anda yang telah berjaya melangkah kesatu alam baru dimana ini lah merupakan pintu perantaraan zaman persekolahan kepada zaman yang akan memberi pendedahan akan dunia sebenar hari ini.

Alam IPT bukan seperti di alam sersekolahan dahulu, seperti apa yang jelas perbezaannya ialah dari segi pemakaian kek kelas yang tidak ditentukan atau tidak ketat atikanya.Akan tetapi perbezaan sebenar ialah anda semua sudah berada berjauhan dari keluarga, dan pada masa ini lah anda akan di uji baik buruk sesuatu perkara, apa-apa yang dilakukan tidak ada yang menghalang kecuali mencari teman yang baik dan salng mengingati antara satu sama lain.

Selain itu, apa uang boleh membimbing anda semasa disana ialah persatuan atau pun jemaah sebaimana sabda Rasul : Sabaik-baik kamu adalah yang berada didalam kumpulan (kumpulan yang menjalankan keja dakwah). Jadi amat berbesar hati jika anda dapat bersama dengan kumpulan-kumpulan itu yang akan membimbing anda.

Doa dan harapan kami disini agar adik-adik SSR dan ASPIRASI dapat menjaga diri daripada apa yang telah dipelajari sepanjang menjadi ahli SSR dan ASPIRASI, jika ada apa masalah, ruang kami sentaisa terbukan untuk anda.

Jadilah seorang yang terbaik di kampus, ingatlah matlamat dan perjuangan anda sebagai seorang Islam .

wassalam..

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Agung PPIK




::Baca Seterusnya::

Jumaat, 2009 Jun 26

PKPIM CADANGKAN KAJIAN MENYELURUH DAN TERPERINCI SEBELUM BUAT PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik segala usaha yang digerakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melakukan penambah baikan di dalam sistem pendidikan negara daripada semasa ke semasa. Perubahan-perubahan di dalam sistem pendidikan negara merupakan suatu yang dialu-alukan untuk memenuhi tuntutan semasa demi memastikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti mengikut peredaran masa.


Namun, PKPIM melahirkan kerisauan terhadap sebarang perubahan-perubahan yang diputuskan perlaksanaannya secara drastik. Adalah dikhuatiri, perubahan-perubahan secara drastik tanpa kajian menyeluruh dan terperinci akan memberikan kesan negatif terhadap para pelajar. Adalah dikhuatiri juga, ia akan menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.


Justeru, PKPIM mencadangkan suatu tempoh masa yang secukupnya untuk kajian secara menyeluruh dan terperinci dilaksanakan sebelum keputusan dibuat berhubung dengan sebarang cadangan perubahan di dalam sistem pendidikan negara. Tempoh masa ini adalah untuk memberi ruang supaya sebarang cadangan perubahan dalam sistem pendidikan negara dibincangkan dengan masak.


PKPIM juga mencadangkan kajian terhadap cadangan perubahan di dalam sistem pendidikan negara turut melibatkan tokoh-tokoh dan pihak-pihak yang mewakili masyarakat di pelbagai bidang dan lapangan. Dengan penglibatan mereka, sebarang cadangan perubahan akan dapat dinilai daripada pelbagai sudut. Dengan ini, suatu kefahaman bersama akan dapat dicapai.


PKPIM sebagai mewakili generasi muda menyatakan komitmen untuk turut sama membantu KPM di dalam melaksanakan transformasi di dalam sistem pendidikan negara demi mengupayakan kualiti generasi muda Malaysia.


KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

www.pkpim.net



::Baca Seterusnya::
 

Laman Utama PPIK Kelantan | Copyright © 2009 | Original Design By Deluxe Themes | Created By Media PPIK