|

Indeks jenayah 2010 di Kelantan turun tiga peratus


03/01/2011 3:10pm

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR

KOTA BHARU 3 Jan. - Indeks jenayah di negeri ini secara keseluruhannya menurun sebanyak tiga peratus pada 2010 apabila mencatat sebanyak 7,116 kes berbanding 7,306 kes tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, angka itu merangkumi keseluruhan kes jenayah termasuk curi, pecah rumah dan sebagainya.

"Setakat ini kes jenayah di negeri ini boleh dikatakan terkawal. Kadarnya menurun sebanyak tiga peratus pada 2010 dengan catatan 7,116 kes berbanding 7,306 kes pada 2009.

"Bagaimanapun di peringkat jajahan Kota Bharu, Kuala Krai dan Gua Musang kadar itu meningkat," katanya tanpa menyatakan perincian peningkatan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini. – Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Posted by Sekretariat PPIK Kelantan on 8:26 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response